Kedua-duanya mara ke peringkat 16 terakhir namun berbeza laluan.

Chelsea yang ketinggalan 0-2 di belakang juara bertahan Liga Perdana Inggeris Leicester City, sempat menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Gary Cahill dan Cesar Azpilicueta, sebelum Cesc Fabregas menambah dua gol di masa tambahan untuk meletakkan skuad Blues menang 4-2.

Sementara itu, pertemuan Liverpool dilihat begitu mudah apabila berdepan kelab yang beraksi di divisyen kedua, Derby County dengan Ragnar Klavan, Philippe Coutinho dan Divock Origi menjaringkan gol.

Chelsea dan Liverpool masing-masing banyak merehatkan tonggak mereka, namun tetap menurunkan barisan terkuat dalam usaha mengekalkan diri dalam salah satu daripada tiga kejohanan musim ini.

Liverpool mencatat rekod tertinggi dengan lapan kali muncul juara Piala Liga, manakala Chelsea muncul pasukan kedua terbanyak menerusi lima gelaran.