Bagaimanapun kedudukan mereka sebagai pendahulu liga bagi musim 201617 ini kekal bertahan tetapi semakin diekori rapat pencabar terdekat, Sevilla di tangga kedua liga dengan dua pasukan teratas itu hanya dipisahkan dua mata sahaja.
Sevilla, satu-satunya pencabar yang menang 2-1 ke atas Real Betis kini mengumpul 11 mata daripada lima perlawanan diikuti Barcelona di tangga ketiga dengan 10 mata. Barcelona gagal mengambil kesempatan daripada kealpaan Real Madrid itu apabila turut mencatat seri 1-1 dengan Atletico Madrid dalam aksi di tempat sendiri di Stadium Nou Camp.
Jika menang, Barcelona hanya dipisahkan satu mata sahaja dengan Real Madrid. Bagi Real Madrid pula, keputusan seri dengan Villareal menamatkan rekod kemenangan 16 perlawanan berturut-turut mereka termasuk menang kesemua 11 perlawanan terakhir mereka musim lalu.