Pada perlawanan tersebut dua gol Barcelona dijaringkan menerusi Arda Turan sewaktu minit ke-65 dan Gerard Pique minit ke-73 manakala gol tunggal tuan rumah dihadiahkan oleh Thorgan Hazard minit ke-34.
“Mereka berusaha keras pada babak pertama tetapi secara keseluruhan saya rasa kami lebih bagus dan berhak dengan keputusan ini biarpun pasukan tuan rumah mendahului kedudukan jaringan,” kata Pique.
Ketiadaan Messi menyebabkan pengendali Barcelona, Luis Enrique meletakkan Paco Alcacer dalam kesebelasan utama disamping Neymar dan Luis Suarez untuk mengukuhkan jentera serangan pasukan itu.
Messi tidak dapat diturunkan pada perlawanan tersebut kerana masih belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan pinggul.