Rooney dimasukkan pada minit ke-67 bagi menggantikan Jesse Lingard dan ketika itu keputusan masih 0-0 bagaimanapun kapten United itu tidak menunggu lama untuk mencipta peluang jaringan menerusi hantaran menarik yang berjaya dimanfaatkan oleh Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-69.

“Dia (Rooney) ketawa dan berkata dia telah telah membuat satu hantaran yang baik.

“Malah dia telah memberikan apa yang pasukan perlukan dan bagi kami dia bukan sekadar seorang penyerang tetapi lebih daripada itu,” kata Mourinho.

Gol tunggal perlawanan itu dihasilkan menerusi tandukan tepat Ibrahimovic dalam kawasan kotak pasukan lawan.