Pengadil tendang pemain digantung tiga bulan
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
Norshahrul, yang lebih dikenali sebagai Mat Yo, berkata selepas menyaksikan Malaysia tewas kepada Indonesia 3-0 dalam perlawanan persahabatan di tempat lawan pada 6 September lalu, pelbagai kritikan telah dilemparkan terhadap skuad kebangsaan namun dia tetap mengambil kekalahan itu dari sudut positif. Jelasnya, bukan mudah untuk setiap pemain beraksi di peringkat antarabangsa kerana mereka perlu memastikan persediaan dilakukan 100 peratus dan sebab itu dia menganggap pertemuan menentang Singapura dan Afghanistan merupakan perlawanan penting untuk Harimau Malaysia yang bakal menghadapi Piala AFF 2016 bermula 19 November depan.
“Walaupun pasukan negara dikecam macam-macam selepas kekalahan tersebut dan meskipun saya tiada bersama pasukan saya tahu situasi yang dihadapi oleh rakan-rakan. Bagi saya perlawanan menentang Singapura lebih penting daripada memikirkan apa yang orang di luar sana katakan. “Perkara paling penting kalau mahu berjaya kita kena kekal bersatu dalam satu pasukan. Terus-terang saya cakap, beraksi di peringkat antarabangsa dengan domestik jauh beza. Kita kena terima hakikat. “Di peringkat antarabangsa, kita kena betul-betul sedia lebih daripada 100 peratus baharu kita boleh bersaing di peringkat lebih tinggi. Penting untuk ada kerja secara berpasukan,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM hari ini. Mat Yo menyarung jersi skuad kebangsaan sejak zaman Datuk K. Rajagopal, kemudian diambil alih oleh Dollah Salleh sebelum dikemudi Datuk Ong Kim Swee. Katanya, dia terkejut dengan pemilihannya menyertai Harimau Malaysia. “Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih sebab panggil saya lagi. Memang saya terkejut apabila dipanggil untuk bermain bersama Harimau Malaysia dengan kedudukan Terengganu paling bawah dalam Liga Super. Namun, jika jurulatih sudah memberi kepercayaan kepada saya sudah tentu saya akan melakukan yang terbaik demi pasukan. “Bagi saya, kalau mana-mana jurulatih memerlukan khidmat saya, selagi saya boleh main dan tiada kecederaan serius saya akan berusaha untuk membantu pasukan pergi lebih jauh,” katanya yang memendekkan percutiannya bersama keluarga di Thailand.
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
APA nak jadi sebenarnya dengan The Red Giants? Sebuah pasukan bola sepak...
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Liga Malaysia (Liga M) mengikat perjanjian yang...
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
Tatkala Lionel Messi dibicarakan susulan kes penipuan cukai, Cristiano Ronaldo pula mendermakan...
Ketua jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen, tidak akan mempertimbang untuk memanggil...
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
APA nak jadi sebenarnya dengan The Red Giants? Sebuah pasukan bola sepak...
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Liga Malaysia (Liga M) mengikat perjanjian yang...
KANGAR 28 Dis. – Harapan Perlis untuk bersaing dalam Liga Perdana musim...