Kata Gunalan, jika aksi sama berjaya diulangi Red Giants dalam kunjungan ke Kuala Terengganu pada 15 Oktober, mereka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut.

Gunalan melaungkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya mampu mempamer aksi terbaik dalam separuh akhir kedua.

“Pada awal 15 minit pertama kita beraksi baik dengan Patrick (Ronaldinho Wleh) beroleh peluang tetapi selepas itu kita kehilangan sedikit rentak di bahagian tengah selepas Nazmi (Faiz Mansor) terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

“TFC II pula telah bermain de­ngan baik dari minit ke-25 hingga ke-40 selepas mereka memperolehi gol pertama menerusi sepakan penalti.

“Pada babak kedua saya telah menukar corak permainan yang lebih agresif dan menyerang tetapi banyak peluang terhidang gagal disudahkan. Secara keseluruhan saya tetap gembira dengan kemenangan 2-1 ini.

“Perjalanan masih jauh ke­rana bukan mudah untuk bermain di tempat lawan. Keyakinan memang ada tetapi dengan berbekal satu gol kita tidak boleh terlalu yakin,” ujarnya.