Benteke meletakkan Belgium di depan hanya tujuh saat selepas wisel permulaan dibunyikan sekali gus memadam rekod yang dilakukan oleh bekas pemain San Marino, Davide Gualtieri yang menjaringkan gol pada saat kelapan permainan ketika bertemu England pada 1993.

Itu merupakan jaringan terpantas dalam sejarah kelayakan Piala Dunia.

“Jurulatih memberitahu kami supaya segera memberi tekanan kepada lawan sebaik perlawanna bermula.

“Pertahanan mereka tidak melakukan hantaran ke belakang dengan baik dan saya mengatasi mereka untuk menjaringkan gol tersebut,” kata Benteke.

Benteke menjaringkan gol keduanya dua minit sebelum rehat selepas Axel Witsel menggandakan gol pada minit ke-19 dan penyerang Crystal Palace itu melengkapkan hatrik buat kali pertama untuk negaranya selepas meledak gol pada minit ke-56.

Dries Mertens dan Eden Hazard turut menjaringkan gol kepada skuad kendalian Roberto Martinez itu untuk berada di tangga teratas kumpulan berkongsi sembilan mata dengan Greece namun dipisahkan dengan perbezaan gol.