Mina, beraksi bersama kelab dari Brazil, Palmeiras menanduk masuk hantaran lintang rakan sepasukan pada minit ke-84 sekali gus menewaskan Fernando Muslera di gawang Uruguay dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio Metropolitano.
Dalam perlawanan tersebut, Colombia terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-15 menerusi jaringan Abel Aguilar namun Uruguay bangkit hasil jaringan Cristian Rodriguez pada minit ke-27 dan Luis Suarez pada minit ke-73.
Bagaimanapun ketika kemenangan seakan-akan berpihak kepada Uruguay, Mina berjaya menjaringkan gol penyamaan.