Biarpun mengharungi musim yang sukar, Hart tetap menikmati perlawanan tersebut apabila bertindak cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya termasuk tandukan Jasmin Kurtic pada babak kedua.
Itu merupakan detik manis untuk Hart yang dipinjamkan ke kelab Itali, Torino selepas khidmatnya tidak diperlukan oleh bos baharu Manchester City, Pep Guardiola.
Hart, 29, memerlukan rawatan selepas tindakan beraninya menyelamatkan percubaan Kurtic kerana dia mendarat dengan teruk namun masih berupaya meneruskan perlawanan.
“Ini merupakan perlawanan terbaik saya setakat ini. Badan saya seperti hancur berderai, saya akan susah nak bangun esok.
“Pemain itu melakukan hantaran lintang dan menguis bola sebelum saya melakukan apa yang sepatutnya untuk menyelamatkan gawang. Saya tidak tahu apa yang berlaku, Saya perlu melihat menerusi kamera,” katanya.