Stesen radio Cadena Ser berkata, Bale yang menyertai Real pada 2013 akan menandatangani kontrak baharu sehingga 2022 dalam dua minggu lagi.

Pemain pertahanan, Pepe pula dijangka ditawarkan kontrak sehingga 2018 selepas kontrak lama berakhir penghujung tahun depan.

Sementara, penjaring terbanyak Real, Ronaldo akan ditawarkan kontrak empat tahun sehingga 2020 manakala Luka Modric juga akan mendapat tawaran kontrak baharu.