Dalam aksi yang berlangsung dengan hujan lebat itu, pemain tengah Argentina, Gonzalo Escalante membuka tirai jaringan buat pasukan tuan rumah sebelum Osasuna bangkit menerusi dua jaringan Sergio Leon pada minit ke-29 dan 32.

Eibar kembali menyamakan kedudukan menerusi tandukkan Sergi Enrich pada akhir babak pertama tetapi Roberto Torres mengesahkan kemenangan buat pasukan pelawat apabila menjaringkan gol pada minit ke-58.

Kemenangan itu merupakan tiga mata pertama berjaya diraih Osasuna selepas tewas empat daripada lapan perlawanan sekali gus mengumpul enam mata untuk kekal di tangga ke-19 liga.