Selepas aksi tenang di separuh masa pertama yang menyaksikan pasukannya mendominasi, pemain Perancis itu terpaksa bekerja keras pada babak kedua di BayArena apabila Leverkusen meningkatkan serangan dengan melakukan 16 percubaan.

Selepas Dele Alli, Vincent Janseen dan Erik Lamela kesemuanya hampir memperoleh peluang untuk Spurs, Pochettino memuji persembahan cemerlang Lloris yang berjaya mematahkan serangan Leverkusen.

“Kami sangat baik pada babak pertama, bagaimanapun mereka sebaliknya di separuh masa kedua.

“Beberapa persembahan mengagumkan daripada penjaga gol meletakkan kami di dalam permainan.

“Saya hanya boleh katakan perkara yang kepadanya, dia merupakan penjaga gol hebat dan salah seorang yang terbaik di dunia.

“Dia mempamerkan setiap aksi yang membuktikan dia paling hebat. Saya rasa dia mencipta momen yang indah dalam kariernya,” ujar jurulatih tersebut sejurus tamat perlawanan dalam saingan Kumpulan E itu.