Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya hari ini mendapati, KFA telah melanggar ‘Artikel 71 (c) Kod Tatatertib 2015’ berkenaan ‘Obligasi Pasukan’ dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 57.1 Kod Tatatertib 2015’ berkenaan ‘Ketidaklayakkan’.
Sehubungan itu, pasukan Pahang telah diberikan tiga mata penuh dan kemenangan percuma 3-0 bagi perlawanan tersebut, yang sebelum ini dimenangi Kedah 1-0.
“Tindakan KFA menurunkan pemainnya, Mohd. Rizal yang telah digantung secara automatik (akibat daripada pengumpulan 3 kad kuning pada perlawanan Liga Super 2016 yang berbeza) ketika perlawanan antara Kedah lawan Pahang pada 3 Ogos lalu di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
“Dilucutkan hak bagi perlawanan Liga Super, dengan Kedah dikira telah kalah dalam aksi perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang,” maklum FAM menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Selain itu, KFA turut diberi amaran keras selain hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.