Jaringan Firdaus Khaironissam dan Amirul Azzim Md. Ruzki pada separuh masa kedua memboleh­kan SSBJ melengkapkan gelaran kedua musim ini setelah menjuarai saingan Liga Super Piala KPM, bulan lalu.

Dalam pada itu, jurulatih SSBJ, Wan Rohaimi Wan Ismail memberi kredit kepada pemainnya yang di­sifatkan telah menunjukkan antara aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

“Saya cukup berpuas hati, mereka tampil dengan satu permainan yang cukup menghiburkan, bermain seperti yang saya kehendaki dan menunjukkan kualiti. Satu permainan yang mana bagi saya matang pada usia mereka 14 tahun.

“Kita menguasai perlawanan dari mula, mencipta gerakan menarik, melakukan hantaran kemas. Mungkin juga lawan tidak menunjukkan permainan yang baik, tetapi cara kita memenangi perlawanan ini cukup menggembirakan saya,” kata Wan Rohaimi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini SSTMI itu me­nyaksikan SSBJ mendominasi perlawanan dengan mencipta beberapa serangan berbahaya menerusi gandingan Harith Naim Jaineh dan Muhammad Daniel Amali yang diberi tanggungjawab mengemudi barisan depan.