Bukan itu sahaja beliau turut memuatnaik sekeping gambar lama berbaju hijau kuning termasuk mengecat wajah dengan warna itu yang diambil ketika pasukan Kedah berentap dengan Singapura di perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1990.

Dalam status sama, Khairy Jamaluddin turut menceritakan keterujaan beliau apabila Kedah memenangi perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka.

“Pulun Kedah Pulun! Kenapa? Ibu saya berasal dari Alor Setar, “ catatnya dalam status berkenaan.