Pengurus Manchester United itu sebelum ini meminta maaf kepada penyokong mereka berikutan kekalahan 0-4 kepada Chelsea pada Ahad lalu, yang menyebabkan mereka menghuni tempat ketujuh Liga Perdana.

Walaupun menang hanya satu daripada enam perlawanan ter­akhir, United hanya berada enam mata di belakang pendahulu City sebelum perlawanan di tempat sendiri dengan Burnley esok.

Masih banyak masa untuk merapatkan jurang mata, dan pemain sayap Juan Mata yakin bahawa pasukannya sudah mula menunjukkan peningkatan.

“Selepas kalah, semua orang akan mula bercakap buruk me­ngenai pasukan, mengenai pe­ngurus. Tetapi kami, sebagai sebuah kumpulan, perlu kekal kuat dan percaya kami boleh melakukan perkara hebat bersama-sama.

“Kami telah menunjukkannya selepas kekalahan teruk itu, kami sudah kembali,” kata Mata.