SHAH ALAM 31 Okt. – Seorang pesara tentera, Nasir Abas, 62, memulakan larian sejauh 438 kilometer dari Stadium Shah Alam ke Kuala Kedah, kira-kira pukul 9 pagi ini.
Misi tersebut adalah bagi memenuhi niatnya apabila skuad Hijau Kuning muncul juara Piala Malaysia, malam tadi.
Menurutnya, larian yang dijangka mengambil masa 10 hari itu akan melalui jalan negeri dan persekutuan serta lebuh raya.