Malah keputusan seri itu juga membolehkan kelab dari Perancis tersebut menghidupkan peluang untuk melangkah ke saingan 16 terakhir manakala Juventus harus menunggu sekurang-kurangnya satu lagi perlawanan bagi mengesahkan slot ke saingan kalah mati.
Ketika ini Juventus berada di tangga kedua dengan lapan mata dan ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Sevilla.
Pada perlawanan tersebut Juventus terlebih dahulu mendapatkan jaringan menerusi penalti daripada Gonzalo Higuain sewaktu minit ke-13 namun harapan kelab Itali itu untuk mendapatkan tiga mata penuh tidak kesampaian apabila jaringan lewat Tolisso membuatkan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata.
Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri amat marah dengan pasukannya yang cuba mendapatkan kemenangan lewat hingga menyebabkan perlawanan berkesudahan seri.
“Kami mengambil terlalu banyak risiko selain memandang mudah aksi Liga Juara-Juara.
“Anda turun berperang apabila anda memperoleh peluang untuk menang dan anda tidak akan berperang andai ada peluang untuk tewas,” kata Allegri.