Menurut Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers (JST), para pemain menyarankan kelab agar tidak mengeluarkan duit, sebaliknya mereka akan membayar semua denda tersebut sebagai saying dan terima kasih kepada JDT.

Diketuai Safiq Rahim, semua pemain bersepakat berkongsi wang untuk membayar denda yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas kekecohan yang ditimbulkan penyokong ketika JDT menentang Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Ipoh, 6 Ogos lalu.

“Pemain menyarankan agar JDT tidak mengeluarkan duit untuk membayar denda tersebut.

“Mereka lakukan semua ini demi kasih sayang kepada kelab selama ini.

“Pemain juga menyeru penyokong Harimau Selatan agar menjaga tingkah laku mereka pada masa akan datang dalam usaha mengekang perkara sebegini berulang,” ujar JST dalam kenya­taan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, Safiq ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia berkata, pemain JDT akan berkongsi mengeluarkan jumlah wang yang sama rata bagi membayar denda tersebut sebelum diserahkan kepada PBNJ untuk tindakan selanjutnya.

“Memang kita sepakat de­ngan pemain untuk tolong persatuan. Semua pemain akan keluarkan amaun sama rata,” katanya.