Selepas bertembung dengan seorang pemain pertahanan, Van Persie, 33, diusung keluar padang dengan mata kirinya berbalut.

Bagaimanapun, pihak kelab menafikan bahawa pemain itu mengalami kecederaan serius.

“Terdapat darah di kawasan anak mata. Selepas pemeriksaan pertama, kami menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan pakar.

“Kami dimaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan serius. Dia berada dalam keadaan baik,” katanya.