“Malaysia merupakan pusat perdagangan utama di Asia Tenggara,” kata Chris Eaton, perunding industri bebas dan juga bekas ketua keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Dia berkata, Singapura berjaya membanteras beberapa sindiket mengatur perlawanan bola sepak dan memberitahu terdapat sebilangan sindiket mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan sindiket di Malaysia.
Eaton bercakap dalam forum mengenai mengatur perlawanan yang dianjurkan Global Lottery Monitoring System (GLMS) di Singapura.
Singapura berjaya membongkar kes mengatur perlawanan bola sepak, dengan akhirnya membawa kepada penangkapan ahli perniagaan Singapura, Dan Tan pada 2013.
Bekas ketua Interpol, Ronald Noble menggambarkan kes di Singapura yang mengaitkan Tan itu adalah antara “sindiket mengatur perlawanan paling agresif dan terbesar, dengan rangkaiannya ada di setiap benua”.