The Hammer dikatakan bersedia untuk mengemukakan tawaran terhadap pemain berusia 29 tahun itu bagi membawanya keluar daripada Stamford Bridge.

Pemain Sepanyol itu hanya membuat satu penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Antonio Conte dan Chelsea dikhabarkan bersedia untuk membuka pintu rundingan.

Mereka juga bersedia untuk menampung sebahagian daripada gaji 160,000 (RM827,408) seminggu bagi membolehkan pemain itu meninggalkan kelab itu, kata akhbar The Mirror.