Dalam perlawanan itu menyaksikan dua bintang Liga Perdana Inggeris Kevin de Bruyne dan Eden Hazard bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik mereka.
Jaringan menerusi sepakan penalti Davvy Klassen pada minit ke-38 dilihat sudah mencukupi untuk meamstikan kemenangan Belanda namun Yannick Carrasco menjadi penyelamat Belgium apabila berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki lapan minit untuk tamat.
Sebelum ini Belanda gagal ke saingan akhir Euro 2016 dan sedang berjuang untuk mendapatkan slot ke saingan Piala Dunia 2018 selepas menduduki tangga ketiga di belakang Perancis serta Sweden dalam Kumpulan A.