Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, ketetapan itu diputuskan selepas semua exco berpendapat tiada calon yang layak untuk menggantikan Annuar ketika ini.

“Kita kekal dengan keputusan untuk menolak perletakkan jawatan Annnuar sebagai presiden Kafa.

“Kami semua barisan exco berharap Annuar dapat mempertimbangkan semula hasrat beliau itu dan terus memimpin Kafa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kafa di sini hari ini.

Malaysia 14 November lalu melaporkan, Annuar pendiriannya untuk melepaskan jawatan yang disandang sejak sepuluh tahun lalu.

Bagaimanapun, exco Kafa menolak hasrat Annuar itu dan mahu beliau terus menerajui badan induk tersebut bagi memastikan Kelantan terus bersaing pada musim 2017 nanti.