Pemain berusia 36 tahun itu akan menamatkan kontraknya pada penghujung musim ini dan kelab tersebut dalam satu kenyataan berkata: “Dia tidak akan kembali ke LA Galaxy bagi musim 2017.”
Gerrard yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada Julai tahun lalu selepas berbakti lama bersama Liverpool sebelum ini menegaskan dirinya lebih rela berpindah menyertai kelab lain daripada terus menggantung boot.
“Saya kini memandang ke hadapan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan mempertimbangkan untuk langkah seterusnya dalam karier saya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Galaxy.