Malah keputusan seri itu juga melenyapkan impian Gareth Southgate mencipta kemenangan pada penampilan terakhirnya selaku pengurus sementara skuad Three Lions.
“Pemain telah memberikan yang terbaik dalam keempat-empat perlawanan.
“Bagi kami, keputusan ini umpama satu kekalahan namun saya tetap amat bangga dengan apa yang mereka lakukan,” kata Southgate.
Pada perlawanan tersebut, gol daripada Adam Lallana dan Jamie Vardy meletakkan tuan rumah di laluan selesa untuk meraih kemenangan sebelum Sepanyol bangkit pada minit-minit akhir perlawanan menerusi dua gol masing-masing menerusi Iago Aspas pada minit ke-89 dan pemain gantian, Isco (95).