Rooney telah pun memohon maaf kepada pengurus sementara England, Gareth Southgate dan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), Dan Ashworth serta menganggap perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku ke bagi seseorang yang berada di posisi sepertinya.

Bagaimanapun Pengurus Liverpool, Klopp berpendapat apa yang dilakukan oleh Rooney itu bukanlah sesuatu yang serius bagi pemain yang berada di era moden ketika ini.

“Saya benar-benar rasakannya seperti seorang pemain.

“Saya tahu kami semua berada dalam kehidupan yang selesa, mendapat gaji lumayan dan melakukan kerja yang kami sukai, tetapi kesimpulannya mungkin mengejutkan kerana kami juga manusia.

“Ini semua berkaitan masa dan apabila anda berada di dalam situasi yang salah di tempat yang salah ia akan menjadi tidak baik bagi seseorang pemain profesional,” kata Klopp.