Wenger sedar bahawa Sanchez mempunyai keinginan untuk beraksi di Old Trafford biarpun masih merasai kesakitan akibat kecederaan hamstring ketika bermain bersama Chile baru-baru ini.
Bagaimanapun pemain tersebut memberitahu kakitangan Arsenal bahawa dirinya sudah sihat dan bersedia untuk beraksi.
“Dia sentiasa okey. Sukar untuk saya tentukan kerana apabila dia kembali menyertai kami sudah tentu dia akan memberitahu kami dia sudah kembali cergas.
“Saya kenal dia dan seperti pemain lain sudah tentu saya akan melihat tahap keupayaannya sama ada mampu beraksi atau tidak,” kata Wenger.