Malah kelab dari Denmark itu berpeluang menamatkan saingan di kedudukan kedua sekiranya Porto seri dengan Leicester City pada aksi terakhir peringkat kumpulan manakala Copenhagen dapat menewaskan Brugge.

Dalam aksi itu, Copenhagen terlebih dahulu berpeluang di depan menerusi percubaan berbahaya Benjamin Verbic disusuli percubaan tepat Ludwig Augustinsson dan Andrija Pavlovic.

Sementara itu, Porto juga turut mempunyai peluang menjaringkan gol menerusi Andre Silva dan Diogo Jota.

Bersambung babak kedua, Porto terus mengandakan serangan namun digagalkan dengan kecemerlangan penjaga gol lawan, Robin Olsen.

Pasukan tangga ketiga daripada kedua-dua kelab itu dijamin tempat dalam Liga Europa. – AGENSI