Kim Swee, apabila ditanya perkara itu selepas perlawanan dengan Vietnam hari ini berkata bola sepak tidak sepatutnya terlibat dengan sebarang isu politik.

“Saya enggan komen mengenai perkara tersebut kerana langsung tidak melibatkan bola sepak. Bagi saya bola sepak adalah bola sepak,” katanya selepas Malaysia tewas 1-0 kepada Vietnam di Stadium Thuwunna.

Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Seri Azzuddin Ahmad juga tidak mahu melibatkan bola sepak de­ngan politik.

“Kami tidak mahu terlibat dalam politik. Itu (jika boikot) adalah keputusan kerajaan Malaysia. Kami hanya fokus untuk menganjurkan kejohanan bola sepak berprestij di peringkat ASEAN dan memastikanya berlangsung dengan jayanya,” katanya.

Skuad kebangsaan digesa menarik diri daripada kejohanan dwitahunan untuk negara ASEAN yang sedang berlangsung di sini sebagai membantah kekejaman dan kezaliman terhadap etnik Islam Rohingya.