Pemain dari Zimbabwe, Costa Nhamoinesu meletakkan tuan rumah didepan seawal minit ke-12 dan merupakan gol tunggal perlawanan di Arena Generali, Prague.

Bagaimanapun pengurus Southampton, Claude Puel yakin pasukannya masih mempunyai peluang untuk melangkah ke peringkat kalah mati.

“Saya rasa kami bermain pada babak pertama yang baik tanpa kelebihan klinikal, tetapi selepas dibolosi kami kembali mengatur rentak yang lebih baik pada babak kedua namun ia belum cukup untuk kami memenangi perlawanan itu,” kata pengurus dari Perancis itu.

Southampton kini dikedudukan kedua kumpulan K dengan kelebihan dari segi jaringan ke atas Hapoel Beer-Sheva manakala Sparta menjadi juara kumpulan.

Di Israel, Hapoel mempamerkan kejutan apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan luar biasa 3-2 ke atas Inter Milan sekali gus menyingkirkan gergasi Itali itu.