Pemain dan pegawai Chapecoense antara 71 yang terkorban apabila pesawat malang yang dalam perjalanan ke Colombia untuk perlawanan akhir pertama Copa Sudamericana menentang Atletico Nacional terhempas di Cerro Gordo, La Union.

Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) telah meminta Chapecoense memenuhi jadual mereka dan memberikan perlawanan yang berhak dinikmati oleh pasukan serta penyokong Chapeco.

Pemain Terbaik Dunia dua kali, Ronaldinho, 36, antara yang menyuarakan hasrat untuk menghulur bantuan dalam apa sahaja bentuk, termasuk kembali beraksi dalam Brasileiro (Liga Brazil) selepas meninggalkan Fluminense tahun lalu.

“Saya tidak tahu apakah perlawanan akan diteruskan atau apa perancangan mereka. Kalau ada pihak yang meng­hubungi kami, kami sedia berbincang.

“Apa yang boleh saya katakan, kami di sini sedia membantu,” kata abang yang juga ejen Ronaldinho, Roberto Assis yang dipetik oleh akhbar tempatan, Globo.