Keputusan seri tersebut membolehkan Dortmund melangkah ke saingan 16 akhir selaku juara Kumpulan F manakala Real Madrid sekadar muncul naib juara bagi melayakkannya ke saingan sama.

Pada perlawanan tersebut Real Madrid hampir menjurai saingan terakhir kumpulan apabila mendahului kedudukan jaringan menerusi Karim Benzema minit ke-28 dan ke-53 namun semuanya berubah apabila Dortmund mempamerkan kebangkitan untuk mengikat skuad bimbingan Zinedine Zidane.

Dua gol Dortmund diperoleh menerusi Pierre-Emerick Aubameyang minit ke-60 dan Reus yang dimasukkan bagi menggantikan Andre Schurrle tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-88.

Dortmund menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan 14 mata, dua mata lebih berbanding Real Madrid.