Bagaimanapun, pengurus kelahiran Sepanyol itu tetap berkeras dengan gaya permainannya.

City memulakan aksi liga dengan langkah kanan, menyaksikan 10 kemenangan pertama dalam semua perlawanan.

Bagaimanapun, mereka hanya menang empat dalam 15 permainan dan menduduki tangga keempat Liga Perdana, dengan tujuh mata ketinggalan di belakang pendahulu Chelsea.

“Bola sepak tidak akan wujud sebagai sebuah projek yang lama. Anda harus meraih kemenangan dengan cepat dan jika anda gagal, anda berdepan masalah sukar. Bos dan pengerusi (kelab) akan membuat keputusan. Rasa seakan mereka mempercayai saya namun secara realiti anda perlu mencatat kemenangan. Segalanya boleh berlaku. Kedudukan saya bergantung kepada keputusan.

“Adalah tidak adil dalam banyak kes tetapi syarikat dan perniagaan besar di dunia, jika terdapat sesuatu yang tidak berfungsi, anda perlu untuk mencari penyelesaian. Biasanya lelaki yang telah pergi menolong adalah lelaki yang mempunyai masa untuk membantu pemainnya mencapai tahap yang terbaik.” katanya.