Sayap Belanda, Depay dan pemain tengah, Schneiderlin menyertai United pada 2015 sewaktu Louis van Gaal menguruskan skuad Red Devils itu.

Namun, Mourinho menyifatkan kedua-dua pemain tersebut merugikannya terutama pada pusingan pertama musim ini sejak dia mengendalikan kelab itu.

Pengurus kelahiran Portugal itu berkata, sama ada dia atau pun kedua-dua pemain itu yang akan keluar berhijrah ke pasukan lain.

“Saya sentiasa meniliti tawaran setiap pemain… Lebih daripada meneliti tawaran dan saya sentiasa bersedia untuk mendengar daripada pemain sendiri. Jadi, mana-mana pemain yang mengetuk pintu dan memberitahu bahawa dia tidak gembira berada di sini, silakan keluar.

“Jika tawaran itu betul, saya tidak akan halang pemain itu untuk meninggalkan Manchester United, walaupun berpindah ke musuh ketat. Ketika Juan Mata tinggalkan Chelsea dan berpindah ke Manchester United (pada Januari 2014), bagi saya tiada masalah langsung.

“Terus-terang. dalam fikiran saya, langsung tiada masalah. Saya sentiasa bersikap terbuka,” katanya dalam sidang akhbar sewaktu pra-perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace esok (pukul 4 pagi waktu Malaysia).