Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, keikhlasan beliau hanya mahu perubahan dapat dilakukan bagi memulihkan kembali air muka di samping menaikkan kualiti dan integriti terutama pasukan kebangsaan negara di samping menaikkan standard liga.
Bagaimanapun, Tunku Ismail berkata semuanya terpulang kepada semua ahli gabungan badan induk berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menentukannya.
“Sebelum ini saya ada memberi kenyataan tidak tertarik dengannya, namun majoriti ahli gabungan telah menyatakan mereka mahu saya memegang jawatan presiden tersebut.
“Saya belum bagi kata putus tentang hal berkenaan, cuma saya hanya orang yang ikhlas mahu bangunkan bolasepak bukan berkenaan jawatan dan kedudukan dan saya mahu hanyalah yang terbaik sebagai seorang yang benar-benar ikhlas cintakan bola sepak.
“Itu hasrat dan cadangan saya, kita akan tengok macam mana nanti, Februari masih jauh lagi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis persidangan bersama ahli-ahli gabungan di Banda Hilir di sini malam tadi.