Pada saingan akhir nanti kelab gergasi Sepanyol itu akan bertemu lawan Kashima Antlers yang juga juara J-League di Yokohama pada Ahad bagi memburu gelaran kali kedua dalam tempoh tiga tahun dan yang kelima keseluruhan.

“Jiwa kami kini mahu melangkah ke saingan akhir dan selepas itu tugasan akan selesai.

“Kami telah bermain dengan rentak perlawanan yang amat baik pada separuh masa pertama malah pada separuh masa kedua kami mencipta lebih banyak peluang dan Cristiano mempunyai keupayaan membunuh permainan lawan.

“Perjalanan sepanjang aksi di Jepun amat panjang dan kami hanya mempunyai rehat yang sedikit serta perlu bersedia untuk aksi saingan akhir kerana kami hadir ke sini adalah untuk memenangi Piala Dunia Kelab,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

Pada perlawanan tersebut dua gol Real dijaringkan oleh Karim Benzema dan Ronaldo.