Pemain kebangsaan Uruguay itu akan menandatangani kontrak baharu yang memerlukannya bersama kelab itu sehingga dirinya berusia 34 tahun.

Suarez telah menjaringkan 97 gol dalam 116 perlawanan bersama Barcelona sejak berhijrah daripada Liverpool pada 2014 dengan jumlah 81 juta euro (RM377 juta) dan telah memperoleh lapan trofi utama.