Jelasnya, mereka tetap akan berjuang habis-habisan biarpun jika Liverpool berada dalam situasi Arsene Wenger yang mendakwa Arsenal telah dibuli, dipukul dan didera pada pertengahan minggu lalu.

Tambah pengendali kelahiran Jerman itu, dia mahu anak-anak buahnya menggunakan atmosfera primitif yang pasti wujud di Goodison dalam usaha merampas kembali kedudukan teratas daripada pendahulu Chelsea.

Sebelum ini, Wenger berkata, Arsenal gagal mengatasi fizikal dan kepantasan Everton yang menang 2-1 pada Rabu lalu, bagaimanapun ketika ditanya adakah beliau bimbang Liverpool akan menerima nasib yang sama, Klopp berkata ia sama sekali tidak akan berulang.

“Apa yang Wenger kata itu betul. Itu fakta, tetapi apa yang pasti, saya langsung tidak takut.

“Saya ada beritahu anda bagaimana kami menyaksikan perlawanan? Baiklah, 20 minit pertama semuanya lain. Arsenal menjaringkan gol. Walaupun tidak cantik tetapi mereka memperoleh jaringan. Bermakna mereka bermain dengan baik.

“Everton pula agresif tetapi mereka tidak dapat melakukan seperti apa yang mereka mahukan.

“Kemudian Arsenal bolos satu gol menyaksikan suasana di Goodison Park berubah. Selaku penyokong neutral bola sepak, perkara sebegini sangat seronok untuk dilihat.

“Jadi, bukan senang walaupun kita dalam suasana cemerlang. Tahun lepas, kami memperoleh suasana menakjubkan sewaktu beraksi di Old Trafford menentang Manchester United dalam Liga Europa,” katanya.