Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya berpendapat Kafa tidak perlu menarik diri daripada menyertai siangan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bagaimanapun kata beliau, buat masa ini, kerajaan negeri masih belum membuat sebarang kata putus mengenai langkah-langkah yang akan diambil bagi membantu Kafa.

“Kita di pihak kerajaan negeri akan menunggu hasil daripada kongres khas Kafa yang akan diadakan pada 29 Disember ini. Apa sahaja keputusan kongres itu akan kita teliti sebelum memikirkan langkah-langkah seterusnya.

“Selepas itu, satu temujanji antara pihak Kafa dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dijadual berlangsung pada 1 Januari untuk kita bincang dan dengar apa masalah sebenar dihadapi Kafa,” katanya dalan sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Utusan Malaysia 17 Disember lalu melaporkan, Kafa kian ter­desak apabila perlu mencari dana sebanyak RM14.2 juta dalam tempoh hanya dua ming­gu untuk memastikan pasukan bola sepak negeri ini kekal dalam Liga M pada musim depan.