Palace kini menghuni tangga ke-17 daripada 20 pasukan ketika kempen 2016/17 hampir memasuki pertengahan musim. Tindakan drastik memecat Pardew dibuat menerusi kenyataan yang dibuat Palace dalam laman sesawang kelab tersebut.
“Usaha keras dan dedikasi Alan sepanjang khidmatnya di sini tidak pernah kami pertikaikan. Dia telah banyak membantu memperbaiki beberapa masalah. Bagaimanapun kami mengucapkan selamat maju jaya di masa hadapan,” kata pengerusi Palace, Steve Parish.
Bekas pengurus England, Sam Allardyce disebut-sebut sebagai calon utama untuk menggantikan tempat Pardew yang pernah membawa Palace muncul naib juara Piala FA musim lalu.