Palace yang kini menduduki tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris memecat Alan Pardew pada Khamis lalu selepas kelab mencatat lapan kekalahan daripada 10 perlawanan.

“Kami gembira dapat melakukan pelantikan ini dengan pantas serta bernasib baik kerana berjaya mendapatkan seorang pengurus yang berkaliber dan berpengalaman seperti Allardyce,” kata Pengerusi kelab, Steve Parish menerusi kenyataan hari ini.

Perlawanan pertama Allardyce bersama kelab baharunya itu adalah menentang Watford pada Isnin ini.

“Saya berharap dapat membawa kegembiraan (kepada kelab) pada Krismas dan tahun baru ini, untuk tempoh panjang bermula sekarang hingga ke akhir musim,” kata bekas pengendali Newcastle United, West Ham United, Sunderland, Blackburn Rovers dan Bolton Wanderers itu.