Pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini meletakkan pasukan Old Lady itu di hadapan pada minit ke-18 namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Giacomo Bonaventura menyamakan kedudukan selang 20 minit kemudian.
Tiada sebarang jaringan disaksikan selepas itu sehingga membawa kepada penentuan sepakan penalti dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad itu.
Gianluigi Buffon berjaya menyelamat sepakan penalti Milan yang diambil Gianluca Lapadula sementara tendangan penyerang Juventus, Mario Mandzukic pula sekadar singgah di palang gol.
Donnarumma muncul wira apabila mempamerkan aksi menyelamat menggunakan sebelah tangan bagi menangkis sepakan kelima Juventus yang diambil Dybala.
Mario Pasalic kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti kelima Milan bagi menghadiahkan trofi pertama kelab itu musim ini.