Gol menerusi Adam Lallana, Roberto Firmino, Daniel Sturridge dan jaringan sendiri Giannelli Imbula memastikan The Reds kembali ke tangga kedua liga, kurang enam mata berbanding pendahulu, Chelsea.

Dalam perlawanan yang didominasi Liverpool itu, Jonathan Walters terlebih dahulu meletakkan pelawat dihadapan pada minit ke-12 namun pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu bangkit menerusi jaringan Lallana dari sudut sukar sebelum Firmino meledak gol kedua pasukan.

Kegoyahan pertahanan Stoke membantu Liverpool memperoleh gol ketiga apabila Imbula menjaring gol sendiri yang berpunca daripada hantaran silang Divock Origi sebelum Sturridge mudah menghukum kesilapan hantaran ke belakang pendek Ryan Shawcross untuk gol keempat tuan rumah.