Namun ahli gabungannya memberi peluang kepada Exco persatuan itu sehingga 6 Januari ini untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM3 juta bagi memastikan The Red Warriors dapat beraksi musim depan.
Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Affandi Hamzah berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh ahli gabungan dalam kongres itu.
“Kongres hari ini mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Exco Kafa sebelum ini namun ahli-ahli meminta kita supaya terus berusaha mencari dana untuk terus bermain.
“Kita memerlukan dana sekurang-kurangnya dana RM3 juta untuk permulaan, sekiranya kita mendapat tajaan tersebut dan jaminan daripada penaja-penaja lain maka kita akan terus bermain.
“Namun sehingga hari ini kita tidak ada dana sebanyak itu dan kita memohon kepada penaja supaya tampil secepat mungkin sebelum 6 Januari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas kongres luar biasa tersebut di sini hari ini.
Kafa berhadapan krisis kewangan yang serius selepas Tan Sri Annuar Musa meletakkan jawatan sebagai Presiden Kafa pada 8 November lalu.
Kafa memerlukan dana sebanyak RM15 juta pada musim depan untuk kekal kompetitif bersaing dalam Liga M.
Biarpun ada beberapa pihak menyatakan minat untuk menaja Kelantan namun sehingga hari ini tidak ada sebarang perjanjian yang dimuktamadkan.