Madrid mengeluarkan laporan kesihatan semalam, 11 hari selepas mereka menumpaskan wakil dari Jepun, Kashima Antlers 4-2 pada masa tambahan dalam aksi final tersebut.

Laporan tersebut berkata Vazquez mengalami kecederaan otot pada kaki kanannya manakala Kovacic cedera pada ligamen buku lali kiri. Vazquez beraksi selama 81 minit dalam aksi final tersebut pada 18 Disember manakala Kovacic dimasukkan sebagai pemain gantian di saat akhir permainan.

Kedua-dua pemain tersebut diberi kepercayaan oleh pengendali Madrid, Zinedine Zidane untuk diturunkan dalam kesebelasan utama apabila Vazquez mengambil alih tempat Gareth Bale selepas penyerang Wales itu cedera buku lali kanan pada hujung November lalu.

Aksi Madrid seterusnya menentang Sevilla di laman sendiri dalam aksi Copa del Rey peringkat kalah mati pertama pada 4 Januari ini.