“Sebuah kelab dari China telah membuat tawaran 300 juta euro kepada Real Madrid dan bersedia membayar lebih 100 juta euro (RM472 juta) setahun kepada pemain itu, namun wang bukan segala-segalanya.
“Real Madrid adalah hidup Cristiano. Dia gembira bersama kelab Sepanyol itu dan tidak mungkin pergi ke China.
“Pasaran di China adalah pasaran baharu. Mereka boleh membeli ramai pemain, namun mustahil untuk membawa masuk Ronaldo,” kata ejen Pemain Terbaik Dunia itu, Jorge Mendes.
Berita mengenai tawaran kepada juara Eropah itu hadir pada hari yang sama penyerang Argentina, Carlos Tevez menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua dari Boca Juniors.
Bagaimanapun tiada maklumat kewangan didedahkan namun laporan media berkata Shenhua membelanjakan 84 juta euro (RM396 juta) untuk mendapatkan bekas penyerang Manchester City dan Manchester United itu.
Minggu lalu, pemain tengah Brazil, Oscar menyertai pencabar Shenhua, Shanghai SIPG dari Chelsea.
SIPG membayar yuran perpindahan 60 juta euro (RM283 juta) untuk mendapatkan perancang Brazil itu.