Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Nor bersama penaja utama pasukan tersebut, AlHamra Group dan syarikat telekomunikasi, Red One yang diwakili Tan Sri Annuar Musa.

Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima tajaan sebanyak RM3 juta untuk permulaan daripada kedua-dua syarikat yang diterajui oleh bekas Presiden Kafa itu.