Keputusan itu menyaksikan The Reds bakal mengharungi jadual padat sepanjang bulan ini selepas terpaksa mengharungi perlawanan ulangan menentang Plymouth.
Keputusan melakukan 10 pertukaran pemain dalam perlawanan itu menyaksikan Liverpool bakal berdepan aksi sembilan perlawanan sepanjang bulan ini.
“Saya melakukan perubahan dengan membariskan pemain-pemain muda dan ini adalah kehidupan.
“Keputusan mungkin sama jika saya menggunakan barisan pemain lain, kemungkinan itu ada tetapi ini merupakan pengalaman baik untuk para pemain,” katanya.