Kejayaan itu sekali gus menepati ramalan seluruh peminat bola sepak dunia yang kebanyakkan menyokong gol jaringan Mohd. Faiz berhak untuk memenangi anugerah tersebut.
Jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu dilakukan sewaktu membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.
Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, mengetepikan dua lagi calon akhir iaitu pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Anugerah Puskas diperkenalkan pada tahun 2009 yang menyaksikan pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Cristiano Ronaldo menjadi pemenang pertama anugerah tersebut.